Diskaun Setinggi 30%* Hanya di Booth PTS Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2011
Oleh : Nisa |25 March 2011 | Komen Diterima:2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan, Kami di PTS doakan tuan dan puan semua sihat walafiat.
Tahukah tuan dan puan bila tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011? Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Sebagaimana biasa, PTS selaku Penerbit Buku Melayu Tersohor Malaysia pasti turut serta dalam pesta buku ini kerana inilah peluang bagi PTS bertemu dengan para peminat kami secara langsung. Lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah bagi dikunjungi iaitu di Dewan Tun Hussein Onn, (berhadapan pentas utama).
Klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS! Tahun ini kami menawarkan diskaun setinggi 30% kepada pembeli buku PTS yang membeli menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Jadi ayuh borong buku PTS di PBAKL 2011.
Klik di sinibagi mendapatkan kupon itu! Tahun ini juga ada lebih daripada 40 judul buku baru PTS yang akan disajikan kepada tuan dan puan di PBAKL 2011.
Jadilah orang pertama memiliki buku-buku baru ini pada harga diskaun istimewa.
Klik di sini bagi melihat senarai buku baru!
Apa lagi yang menarik di booth PTS kali ini:
1. Kaunter bayaran: PTS menyediakan 5 kaunter bayaran. Ini termasuklah 1 'Kaunter Ekspres' bagi tuan dan puan yang membeli 5 naskhah buku ke bawah secara tunai. Jadi tuan dan puan tidak perlu risau beratur panjang di booth PTS nanti.
2. VISA & Mastercard: Bagi tuan dan puan yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, tuan dan puan boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus.
3. Buku: Sekurang-kurangnya 1,200 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, resipi, motivasi, bisnes, novel islami, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.
4. Diskaun: Diskaun standard yang diberikan adalah 15%. Nikmati diskaun setinggi 30% dengan menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS (klik di sini). Bagi rombongan pelajar berbaju sekolah, diskaun yang diberikan ialah 25%.
5. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di sini bagi melihat jadual aktiviti PBAKL 2011.
6. Buku percuma: Bagi 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari, tuan dan puan akan dihadiahkan senaskhah buku percuma terbitan PTS.
7. Buku percuma untuk fan Facebook PTS: Bagi tuan dan puan yang menjadi fan facebook PTS di facebook.com/bukupts, ada hadiah buku percuma buat tuan dan puan apabila berkunjung ke booth PTS nanti. Nantikan mesej khas kami menjengah inbox facebook tuan dan puan.
8. Hamper percuma: Bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas (selepas diskaun) setiap hari, ada hadiah hamper percuma bernilai RM50 menanti tuan dan puan. 9. Beg percuma: Bagi pembelian buku melebihi RM150 (selepas diskaun) dalam satu resit, tuan dan puan akan dihadiahkan satu non-wooven bag berlogo PTS yang cantik.
10. Bookmark percuma: Ada 18 desain bookmark PTS yang kami sediakan. Tuan dan puan boleh pilih bookmark yang disukai. Kami mencetak 54,000 keping bookmark kali ini. Bagi tuan dan puan yang berminat meletakkan web banner di blog ataupun laman web masing-masing bagi mempromosikan PTS di PBAKL 2011, klik di sini bagi mendaftar dan melihat syarat. Tuan dan puan akan nikmati diskaun 25% apabila membeli buku PTS nanti PBAKL.
Apa perasaan tuan dan puan apabila melihat pelbagai tawaran dan kemudahan yang kami sediakan di booth PTS kali ini?
Jadi pastikan datang awal ke booth kami seperti di bawah:
PTS @ PBAKL 2011 Tarikh: 22 April - 1 Mei Tempat: C01-C12, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis) 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)
Terima kasih kerana sentiasa menyokong PTS dalam usaha kami memartabatkan bahasa Melayu melalui penerbitan buku. Jangan lupa uar-uarkan makluman ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara tuan dan puan supaya mereka beramai-ramai datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 nanti. Lawati laman mikro PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 bagi mengetahui maklumat lengkap dan terkini diwww.pts.com.my/pestabuku. Jumpa tuan dan puan di sana! * Kadar diskaun tertakluk pada terma & syarat
Edisi 1 + 1 Strategi Baru yang Diperkenalkan
Oleh : Nisa |21 January 2011 | Komen Diterima:1

PTS One mengembangkan strateginya dengan memperkenalkan wajah baru bagi buku yang sudah lama diterbitkan iaitu sekitar tahun 2005, 2006 dan 2007 tetapi masih berpotensi dijual. Setakat ini dua penulis sudah dikenalpasti iaitu Ida Rizyani Tahir dan Alif Firdaus Azis. Dua buku daripada Ida Rizyani berjudul G.I.M: Gemuk Itu Menarik & Elegi Tupai dan Sepet. Manakala buku Alif Firdaus Azis berjudul Untuk Syampoo & Bergaduh dan Menari. Setiap dua buku dijadikan buku berkembar dengan harga yang lebih murah.
Mengapa buku-buku ini terpilih?
1. Melihat kepada jualan dan permintaan kedua-dua buku karya penulis.
2. Stok yang sudah habis dan hampir habis di dalam stor.
Dengan memberi nafas baru daripada segi kulit buku, susun atur dalam buku dan harga, ia dapat menghidupkan kembali wajah buku-buku lama yang sememangnya berpotensi besar untuk dijual.
Empat Buku Pak Rejab F.I. Diberi Nafas Baru
Oleh : Nisa |20 January 2011 | Komen Diterima:1

Empat judul Pak Rejab yang diberi nafas baru adalah:
1. Awang Selamat Menabur Bakti.
2. Kolam Rahsia
3. Lima Penyiasat Muda
4. Sesat dalam Cahaya
Nama sebenar beliau adalah Rejab bin Ismail. Beliau dikenali sebagai Rejab F.I. Dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941.
KEGIATAN PENULISAN
1. Mula menulis pada tahun 1960.
2. Menulis semua genre sastera: Novel (dewasa, remaja, kanak-kanak); cerpen, puisi, drama (radio, pentas, televisyen), cerita rakyat, esei/makalah/rencana.
3. Hasil-hasil penulisan:
3.1. Novel (dewasa, remaja dan kanak-kanak) berjumlah 106 judul. Novel ‘Noktah Sebuah Perhentian’ pernah dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 5. Novel ‘Dosa Telah Berampun’ (novel remaja) dan ‘Pertaruhan Wang Emas’ (cerita rakyat/klasik) dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 3.
3.2. 20 judul antologi cerpen.
3.3. 3 judul antologi puisi.
3.4. Sebuah antologi drama.
3.5. Buku Kesenian dan Kebudayaan 2 buah.
3.6. Karya eceran yang telah diterbitkan dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen tempatan:
3.6.1. 184 judul cerpen
3.6.2. 254 judul puisi
3.6.3. 294 judul rencana/esei
3.6.4. 20 judul drama radio
3.5.5. 15 judul drama televisyen
3.5.6. 4 judul drama pentas.
Drama televisyen ‘Titian Rapuh’ (RTM ) di antara 10 drama terbaik 1982, ‘Gelora Impian’ (Tv3) diantara 10 drama terbaik 1994.
3.7. Terjemahan: Puisi dan cerpen diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia dan China. Cerita kanak-kanak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan China.
3.8. Cerpen dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Cerpen ‘Sebuah Kampung di Daerah Pendalaman’ (1970), ‘Suatu Subuh Yang Bening’ (1980) dan ‘Memori Kehidupan’ (1989).
3.9. Puisi dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia:‘Antara Dua Jurang’ (1971), ‘Peladang’ (1971) dan ‘Lagu Anak Di Permatang’ (1971).
3.10. Tiga judul puisi dipilih memenangi pertandingan lagu puisi 1998, 1999, 2000
3.11. Ceramah: Sering memberi ceramah penulisan cerpen, puisi, cerita rakyat, drama radio dan televisyen kepada penulis-penulis baru (melalui persatuan-persatuan penulis Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).
3.12. Hakim: Sering dijemput menjadi hakim sayembara deklama- Puisi Hari Kebangsaan, dan sekolah-sekolah. Hakim pertandingan pidato, perbahasan dan kuiz.
3.13. Deklamasi puisi: Sering dijemput mendeklamasi puisi di sekolah-sekolah, maktab dan universiti.
ANUGERAH
1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 1974 daripada kerajaan negeri Perlis.
2. Pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP) 1987 daripada kerajaan negeri Perlis.
3. Pingat Jasa Baik (Pengakap) 1975 daripada Pesuruhjaya Pengakap Negara (Malaysia).
4. Pengat Setia Mahkota Perlis (SMP) 2002 daripada DYMM Tuanku Raja Perlis.
5. Pingat Jasa Cemerlang (PC) 2005 daripada Yayasan Tuanku Syed Putera, Perlis.
6.. Tokoh Penulis Perlis 2001 daripada Persatuan Penulis Perlis (3P).
HADIAH SASTERA
1. Hadiah Sastera Nasional 1971 - tiga buah puisi
2. Hadiah Sastera Nasional 1972 - sebuah puisi
3. Hadiah Sastera Esso - GAPENA 1985 - sebuah cerpen
4. Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank (puisi/cerpen)1994, 1995, 1996, 1997, 1999.
Buku Sastera Awal Remaja yang Ditulis dengan Menggunakan Teori Interteks
Oleh : Nisa |20 January 2011 | Komen Diterima:1
Buku Mencari Pohon Emas adalah contoh baik bagaimana sebuah karya untuk bacaan kanak-kanak ditulis dengan menggunakan teori sastera yang disebut 'teori intertekstual'.
Buku ini dihasilkan oleh 5 orang penulis muda yang mengikuti kursus teori interteks dalam siri kursus penulisan PTS.
Mereka kemudian menubuhkan kumpulan lalu duduk merancang projek menghasilkan karya sastera kanak-kanak dalam siri kembara lima orang putera raja.
Perancangan itu dibuat secara sangat detail, daripada konsep produknya, teks-teks yang dijadikan sumber interteks, jalan ceritanya sehingga kepada desain pakaian kelima-lima putera itu, semuanya ditetapkan terlebih dahulu sebelum proses penulisannya dimulakan.
Kertas proposal projek ini kemudian dihantar kepada PTS One Sdn Bhd bagi penilaian dan seterusnya kelulusan. Hanya selepas pihak PTS berpuas hati lalu meluluskannya barulah ia dituliskan.
Diramalkan siri ini berpotensi menjadi siri yang evergreen dalam pustaka khazanah sastera kanak-kanak kerana sejak awal-awal lagi ia dirancang supaya dapat menjadi karya evergreen.
Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/index.php/site/comments/buku_cerita_yang_ditulis_dengan_menggunakan_teori_interteks/
Petikan Akhbar: Ain Maisarah Kecapi Kejayaan Hasil Gabungan Bakat, Bijak Pikat Peminat
Oleh : Nisa |03 January 2011 | Komen Diterima:1
Bilangan peminat setianya di laman Facebook saja hampir mencecah 40,000 orang manakala pengikut blognya pula kira-kira 25,000 orang. Bukan calang-calang orang mampu mengumpulkan pengaruh seramai itu jika mereka bukan bergelar ahli politik, artis hiburan atau blogger popular. Namun, inilah pencapaian novelis wanita popular, Ain Maisarah Daliman, 29.
Sejak tahun pertama menyertai arena penulisan kira-kira tiga tahun lalu, kehadiran Ain Maisarah sudah memberi impak. Mungkin disebabkan konsep karya penulisannya berbeza dengan karya sedia ada. Gaya penulisan bersahaja dengan tema cerita yang dekat dengan jiwa remaja masa kini membuatkan novel pertamanya berjudul 'Aku Mahu Popular' mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak sembilan kali.
Naskhah berkisar kehidupan remaja di Sekolah Sri Bangsar yang mahu popular seperti kumpulan pelajar perempuan paling masyhur di sekolah itu menarik perhatian pembaca muda yang terus setia mengikuti perkembangan cerita yang diterbitkan dalam siri Aku Mahu, antaranya Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Teman Tapi Mesra, Aku Mahu Buli, Aku Mahu Ke New York dan sebagainya.
Hebatnya penangan Ain Maisarah sehinggakan 18 novel tulisannya (baik secara solo dan kolaborasi) sudah dipasarkan dengan hasil jualan difahamkan setakat ini sudah mencecah kira-kira RM5 juta!
Ketika menyelami isi hati penulis muda ini, Ain Maisarah mengakui kerjaya penulis sepenuh bukanlah cita-cita asal, sebaliknya pendidik yang menjadi pilihan. Malah, graduan Ijazah Sarjana Muda TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) Universiti Darul Iman itu berkata, semuanya bermula apabila berpeluang menulis cerpen bagi isi kandungan langganan telefon bimbit sebuah syarikat telekomunikasi tempatan sewaktu di tahun akhir pengajian.
Bayaran agak lumayan bagi cerpen 14 muka surat dan muat turun yang boleh dikatakan tinggi daripada pengguna talian komunikasi berkenaan, sedikit sebanyak membuka minatnya bergiat lebih serius sebagai novelis.
Walaupun menerima pengiktirafan pelajar terbaik TESL, Ain Maisarah tidak meneruskan cita-cita asal enjadi pendidik sebaliknya mengambil keputusan bergelar novelis sepenuh masa. Pilihannya atas dorongan suami yang juga pengurus kerjayanya, Syaizul Amal Zulkaffli, 33, yang melihat potensi Ain Maisarah untuk diketengahkan sebagai novelis berpengaruh.
"Saya membuat perjanjian persefahaman dengan suami, kalau percubaan saya dalam bidang penulisan novel tidak menampakkan hasil, saya akan kembali kepada kerjaya sebagai pendidik," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sudah tertulis rezeki Ain Maisarah dalam bidang penulisan dan usahanya menampakkan hasil apabila tiga novel pertamanya menerima royalti mencecah RM80,000.
"Saya fikir, mengapa tidak saya teruskan saja kerjaya yang fleksibel ini, menulis dari rumah dan menerima anggaran pendapatan seperti pengurus," katanya.
Kejayaan dalam tempoh singkat dikecapi Ain Maisarah bukan sekadar bersandarkan kisah novel tulisannya itu tetapi strategi perniagaan dan prinsip diamalkan bersama suami yang sebegitu serius dalam kerjaya sebagai novelis.
Mereka menganggap bidang penulisan ini sebagai suatu perniagaan dan produk utamanya adalah novel yang seharusnya dipasarkan secara serius dan berterusan. Malah nama Ain Maisarah itu turut dijadikan suatu jenama dan mereka giat membuat inovasi, memperkembangkan variasi produk, meluaskan pasaran dan memanfaatkan pelbagai platform bagi tujuan promosi.
Buktinya, daripada hanya novel remaja, Ain Maisarah berjaya mewujudkan komuniti remaja secara online yang aktif. Sekolah ciptaannya seperti dalam siri Aku Mahu iaitu Sekolah Sri Bangsar (SSB) ditubuhkan secara online sudah pun menerima pendaftaran kira-kira lebih 20,000 'pelajar' yang menjadikan laman web ini sebagai ruang berinteraksi, sama ada berbincang mengenai cerita novel Ain Maisarah ataupun berbual dan bertukar pandangan mengenai isu berkaitan kehidupan masing-masing sebagai remaja. Peminat juga boleh mendapatkan cenderahati seperti pin lencana, buku tulis, rantai kunci dan buletin SSB.
Kemesraan hubungan Ain Maisarah dan peminatnya ibarat satu jambatan yang merancakkan lagi popularitinya. Selain berinteraksi secara aktif menerusi laman Facebook Ain Maisarah Novelis dan blog ainmaisarah.blogspot.com, beliau juga rajin menemui peminatnya di pesta atau pameran buku serta di sekolah.
"Saya menjelajah dari sekolah ke sekolah untuk bersua lebih dekat dengan pembaca dan pelajar lain. Ia bukan sekadar strategi pemasaran dan promosi, tetapi memberi peluang mendekati peminat.
"Tahun lalu saja, saya mengunjungi 53 buah sekolah, bercerita mengenai kerjaya Ain Maisarah kepada pelajar di perhimpunan serta memberi bengkel penulisan secara percuma kepada mereka," katanya.
Bagi memperluaskan sasaran pembaca kepada kumpulan yang lebih dewasa, Ain Maisarah tampil dengan idea menerbitkan siri Impiana yang menampilkan kehidupan beberapa karakter remaja dalam siri Aku Mahu apabila mereka dewasa, menempuh alam percintaan, mencari pasangan hidup serta menjalani alam rumah tangga.
Idam jutawan muda
"SAYA mahu buktikan kepada masyarakat kerjaya sebagai penulis juga mampu memberi pendapatan lumayan dan mampu bergelar jutawan seperti mana penulis tersohor di luar negara."
Ringkas tapi mendalam kata-kata diluahkan Ain Maisarah bagi menunjukkan betapa beliau memandang serius kerjaya pilihannya itu. Usahanya turut dipermudahkan hasil bantuan lapan orang penulis bersama dan akan menambah lagi enam lagi penulis mulai tahun ini. Mereka diberi gaji bulanan dan juga perkongsian royalti.
Isteri muda ini juga mengakui kepentingan kerjasama pihak penerbit, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd serta barisan pembaca dan peminat setianya yang turut melengkapi kejayaannya.
Namun, paksi kejayaannya, kata Ain Maisarah, hasil gabungan dengan suami tercinta, Syaizul Amal Zulkaffli, melakar idea dan mencuba pendekatan sama penulis berpengaruh yang sudah membina empayar dalam dunia penulisan.
"Saya bertuah kerana mampu bekerja sama dengan suami. Jadi tidak timbul soal tidak aman yang diakibatkan hal kerja. Malah, beliau yang banyak memberi galakan dan memberi sedikit kelonggaran kepada saya untuk kerja rumah tangga.
"Setakat ini, ketika masih belum mempunyai cahaya mata lagi, dapatlah saya bekerja begini. Namun bila ada anak nanti, terpaksalah saya membahagikan waktu dengan sebaik-baiknya," akhiri Ain Maisarah.
Bagi Syaizul Amal, beliau sudah lama melihat potensi bakat menulis isterinya yang dikahwini sejak tiga tahun lalu.
"Bakatnya ada potensi untuk diperluaskan. Saya berkongsi idea dengannya mengenai hala tuju kerjaya ini dan cara memanfaatkannya menerusi pelbagai saluran berkaitan," kata usahawan yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan perniagaan.
"Bakatnya ada potensi untuk diperluaskan. Saya berkongsi idea dengannya mengenai hala tuju kerjaya ini dan cara memanfaatkannya menerusi pelbagai saluran berkaitan," kata usahawan yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan perniagaan.
Artikel dipetik daripada Berita Harian Online yang ditulis pada 1/1/2011 oleh Diyanah Anuar
Angka Jualan PTS bagi Tahun 2010 Meningkat 32%
Oleh : Nisa |03 January 2011 | Komen Diterima:0
Pengarah urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS, Tn Arief Rahmat (foto) memberitahu bahawa data jualan bagi tahun 2010 menunjukkan peningkatan 32%, manakala target asal adalah 30%.
Menurut beliau, pencapaian itu adalah di luar jangkaan kerana berlakunya kesan kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang keperluan, suatu perkara yang menyebabkan jatuhnya pendapatan sebenar dan kuasa beli orang awam.
Faktor-fakor yang membolehkan PTS mencapai prestasi luar biasa itu adalah:
(i) Peningkatan jumlah judul baru best-seller yang diterbitkan sepanjang tahun 2010, khususnya judul-judul baru dari pengarang-pengarang top-seller PTS. Mereka adalah Abdul Latip Talib, Ain Maisarah, Chef Hanieliza dan Muhammad Alexander. Bagi setiap pengarang itu, nilai jualan judul mereka masing-masing melebihi RM1 juta.
(ii) PTS telah menaikkan bajet bagi periklanan dan promosi tahun 2010 sebanyak 100% bagi membeli lebih banyak ruang iklan di stesen televisyen, radio dan akhbar-akhbar utama, termasuk akhbar Cina.
(iii) Beberapa inovasi yang dilaksanakan oleh jabatan editorial PTS telah membuka beberapa laut biru baru, seperti siri buku cerita berilustrasi penuh oleh PTS One Sdn Bhd yang mendapat sambutan baik dari pasaran.
(iv) Menambah anggota Tim-Sales bagi meningkatkan jualan dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik kepada kedai-kedai buku yang menjadi agen PTS.
(v) Pertambahan nama-nama pengarang baru muncul yang berbakat, yang membolehkan penerbitan judul baru sebanyak 400 judul.
Kejayaan PTS dalam (a) menangkis kesan negatif kenaikan harga minyak dan (b) berjaya mengekalkan rekod kadar pertumbuhan tinggi selama 10 tahun berturut-turut adalah gambaran ketangkasan cara-fikir dan cara-kerja Tim-PTS yang muda-muda belaka.
Petikan diambil daripada http://www.universitipts.com/
TOP 50 Judul Kreatif Remaja & Kanak-Kanak (1 Januari - 31 Disember 2010)
Oleh : Nisa |03 January 2011 | Komen Diterima:6

Kanak-Kanak
1. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
2. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
3. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
4. Young Aisyah: Cuti Sekolah
5. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
6. Young Aisyah: Summer Camp
7. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
8. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
9. Tukar Sekolah Lagi!
10. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
11. Si Monster Cilik
12. Teladan Gempak: Jiran Masam Manis
13. Dunia Sains Aiman 7: Demam F1
14. Puteri Kemilau Cahaya
15. Young Aisyah: Juara Kampung Badak Berendam
16. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
17. Siri Muaz & Haikal: Kapten Baru
18. Melah Melia: Rombongan Ke Pangkor
19. Misi Suhana: Saya Sayang Mama
20. Puteri Di Alam Fantasi
21. 31 Kisah Sahabat: Kamus Tuhan
22. Usahawan Cilik: Mufin Manja
23. Misi Suhana: Saya Sayang Papa
24. Impian Mira
25. Pensel Ajaib
26. Siri Muaz & Haikal: Along Hilang
27. Sekolah Menengah?
28. Budak Span Dan Kasut Saraf
29. Geng Genius: Rakit Terpantas
30. Adli Di Alam Fantasi: Penyelamat Alam
31. Zara Misi Mustahil
32. Atan Jambul: Kerana Tikus
33. Geng Junior: Sayur Lipat Berinti
34. Sherlock Holmes 1: Perunding Detektif Pertama Dunia
35. Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi
36. Sherlock Holmes 3: Wira Kota London
37. Sekolah Agama?
38. Sherlock Holmes 4: A Study In Scarlet (ed BM)
39. Rahsia Cinta Segitiga Rasulullah
40. Sherlock Holmes 2: Detektif Yang Penuh Kejutan
41. Adam Kecil 09: Sakit Gigi
42. Sahabat Kole Kacang 3: Misteri Banglo Lama
43. Tempat Ke-2?
44. Adam Kecil 07: Dicakar Hantu
45. Koleksi Cerita Adam Kecil
46. Dua Dunia
47. Adam Kecil 11: Merdeka
48. 31 Kisah Sahabat: 10 Sahabat Yg Dijanjikan Syurga
49. Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
50. Usahawan Cilik: Garaj Aiman

Remaja
1. Aku Mahu Superbibik
2. Projek Diet Ain Maisarah
3. Siapa Lebih Popular?
4. Aku, Dia & Gosip
5. Diari Mat Despatch
6. Gadis Bubble Gum
7. Diari Si Ratu Air Mata
8. Aku, Dia & Coklat
9. Dear Yayah The Series
10. Aku Mahu Ain Maisarah
11. Aku, Dia & Glamor
12. Akukah Cinderella Itu?
13. Aku Mahu Popular
14. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
15. Sayalah Puteri Raja!
16. Kita Hanya Di Seberang Jalan
17. Kelab Gadis Ayu
18. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
19. Aku Mahu Saiz S
20. Gadis Lolipop
21. My Memory
22. Aku Mahu Ke New York 1
23. Sayalah Putera Mahkota!
24. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
25. Aku Mahu Ke New York 2
26. Impiana - Boxset
27. Seperti Keju & Coklat
28. Buletin Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
29. Semanis Tart Ceri
30. Aku Mahu Buli
31. Buletin Sri Bangsar - Boxset
32. O.T.A.I - Tunjuk Bakat
33. Janji Puteri Beradu
34. Nydia, Terendak Dan Bintang: Episod Pengenalan
35. Gadis Piano
36. Puteri Di Alam Fantasi
37. Dunia Jam Sepuluh
38. Lelaki Berkasut Merah
39. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
40. Sarah dan Senduk
41. Impiana: Misteri Terbongkar
42. Impiana: Finale
43. Gila Gila PSP
44. Nydia, Terendak Dan Bintang: Junior vs Senior
45. Putera Impian
46. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
47. Spanar Dan Spatula
48. Ketua Bilik LA 101: Kami Hero!
49. Sepasang Kasut Untuk Sahabat
50. Si Kaca Mata
Data laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Nassri Abd. Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS.
Peminat Temui Penulis Young Readers dan Kids
Oleh : Nisa |26 December 2010 | Komen Diterima:1
Hari Keempat menyaksikan program bersama penulis Young Readers dan Kids. Beberapa penulis turut hadir memeriahkan suasana di ruang aktiviti PTS antaranya Tuan Alif Firdaus, penulis buku terbaru Bob Sani Hero Kita, Puan Natasha Effyzal dengan buku terbaru beliau Sekolah Agama, Cikpuan Ima Imrani penulis Sepupu Lego dan Tuan Aliff Danial penulis buku Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq dan Putera Fariri dan Buku Resipi Ajaib.
Antara aktiviti yang disajikan adalah permainan teka-teka, kuiz, bergaya ala puteri dan deko sandwic bersama Putera Fairiri. Pelbagai hadiah menarik menjadi rebutan peserta yang merupakan tajaan TV9 dan Majalah Disney. Terima kasih kepada penaja, penulis dan peminat-peminat buku PTS terutamanya buku PTS One Sdn. Bhd. Tidak lupa juga terima kasih kepada Tuan Bahruddin Bekri dan Puan Haryani Kamilan yang menjadi pengacara majlis pada hari itu. Celoteh mereka berdua yang penuh bergaya dan lucu membuatkan para pengunjung begitu terhibur.



Tahniah kepada Penulis Muda PTS One Ima Imrani
Oleh : Nisa |24 December 2010 | Komen Diterima:3

PTS One Sdn. Bhd. mengucapkan jutaan tahniah kepada penulis muda berbakat iaitu Ima Imrani atas kejayaan beliau memperoleh 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Berita gembira ini disampaikan oleh ayahnya iaitu Tuan Imran Yusof.
Ima Imrani sebelum ini menghasilkan novel kanak-kanak berjudul Ikan Tawar untuk Lego dan yang terkini Sepupu Lego. Beliau menulis bersama-sama kakaknya Nia Imrani.
Kepada peminat penulis muda ini mari beramai-ramai memeriahkan dan berkenalan dengan beliau di booth PTS pada Pesta Buku Kanak-Kanak esok bersamaan dengan 25 Disember pada jam 11 pagi.
Hari Pertama PBKKKL Meriah dengan Pelbagai Aktiviti
Oleh : Nisa |23 December 2010 | Komen Diterima:0
PTS One mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penulis yang turut sama turun padang bagi menggamatkan suasana dalam mempromosikan buku mereka di booth PTS Publications & Distributors terutamanya mempromosikan buku-buku PTS One. Antara penulis yang hadir adalah Firas Firzana, Ilya Alias, Nurul Zahidah, Bahruddin Bekri, Natasha Effyzal, Lily Haslina Nasir, E-man Dhani dan penulis remaja nombor satu Malaysia iaitu Ain Maisarah.
Tidak lupa juga kepada para peminat buku-buku PTS One yang hadir dan turut sama memeriahkan majlis dengan menyertai pelbagai kuiz dan permainan yang dianjurkan pihak PTS One. Jangan lupa memenuhi gerai PTS hingga Ahad ini bersamaan dengan 26 Disember. Manakala pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 25 Disember, PTS One sekali lagi muncul dengan pelbagai aktiviti khas buat kanak-kanak dan temui penulis-penulis kesayangan semua.
Di bawah ini adalah antara gambar aktiviti yang diambil pada hari pertama.
Aktiviti di Booth PTS, Rabu 22 Disember 2010
Oleh : Nisa |22 December 2010 | Komen Diterima:0

Hari ini adalah hari pertama Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010. Rujuk gambar bagi mengetahui aktiviti yang akan mewarnai booth PTS hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di http://pts.com.my/index.php/klcbf
Harian Metro: PTS@Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur
Oleh : Nisa |21 December 2010 | Komen Diterima:1
PESTA Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur antara lokasi menarik untuk dikunjungi pada musim cuti sekolah ini.
Pelbagai aktiviti menarik khususnya bahan bacaan bermutu dalam pelbagai bahasa menanti kunjungan kanak-kanak dan remaja, malah turut disediakan bahan bacaan untuk dewasa khususnya ibu bapa.
Bermula pada 22 Disember yang berlangsung sehingga 26 Disember 2010 di Dewan Tun Razak 3 PWTC, syarikat PTS menyediakan beberapa aktiviti menarik termasuk sesi Sehari bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (25 Disember) dan bertemu penulis Ain Maisarah (24 Disember).
Demonstrasi memasak bersama Chef Hanieliza diadakan pada 26 Disember, persembahan magis (25 Disember) serta bertemu penulis kanak-kanak menerusi segmen Bergaya ala Puteri (25 Disember).
Acara seni dan kraf bersama Kak Emila diadakan pada 23 Disember manakala hiasan sandwic bersama Putera Fariri pada 25 Disember.
Selain itu, PTS turut menyediakan diskaun dan buku percuma kepada 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari.
Turut disediakan hamper istimewa kepada seorang pembeli terawal yang membeli buku PTS dengan nilai RM500 ke atas (dalam satu resit) setiap hari.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti PTS, layari http://pts.com.my/index.php/klcbfphp/aktiviti/ Tidak ketinggalan, pesta buku berkenaan menyediakan Pavilion Buku Islam dan Pavilion Buku Bahasa Cina serta aktiviti bersama haiwan yang dibawakan oleh Zoo Negara selain pertandingan akhir Speedcubing.
Pesta buku ini adalah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia berserta penaja 3QMRC Junior, Petrosains dan Zoo Negara.
Sumber: Harian Metro
Kupon Diskaun 25% Beli Buku PTS di Pesta Buku Kanak-Kanak KL 2010
Oleh : Nisa |21 December 2010 | Komen Diterima:1

Sebagaimana kita semua maklum, Pesta Buku Kanak-Kanak KL 2010 hampir tiba beberapa hari sahaja lagi iaitu bermula dari 22-26 Disember 2010. PTS menyewa 9 booth kesemuanya iaitu di A49-A53 dan A69-A72, Dewan Tun Razak 3, PWTC.
Walaupun ini adalah pesta buku kanak-kanak, PTS bukan sahaja menjual buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja, bahkan turut menjual buku bacaan yang sesuai buat ibu bapa dan orang dewasa.
Sebagai menghargai peminat-peminat setia PTS, kita tawarkan diskaun setinggi 25% bagi membeli buku di booth PTS. Peminat hanya layak mendapat diskaun ini sekiranya menunjukkan SMS Kupon Diskaun PTS semasa membuat bayaran di kaunter.
Bagi mendapatkan SMS Kupon Diskaun PTS ini, peminat perlu mendaftar nama dan nombor telefon secara online. Selepas itu, PTS akan menghantar SMS Kupon Diskaun ini kepada peminat. Kos SMS ditanggung oleh PTS. Klik link ini bagi mendaftar: http://pts.com.my/index.php/klcbf/form
Sehubungan dengan itu, mohon tuan dan puan forward e-mel ini segera kepada rakan-rakan dan saudara-mara supaya mereka mendapatkan Kupon Diskaun ini sebelum 21 Disember 2010. Peminat yang membeli tanpa Kupon Diskaun ini hanya layak dapat diskaun standard 15% sahaja.
Apa yang menarik di pesta buku kali ini:
1. Buku percuma kepada 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari.
2. Hamper istimewa kepada seorang pembeli terawal yang beli buku PTS dengan nilai RM500 ke atas (dalam satu resit) setiap hari.
Antara aktiviti menarik di booth PTS:
1. Sehari bersama Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said - 25 Disember 2010.
2. Bersama Ain Maisarah - 24 Disember 2010
3. Demo Memasak Bersama Chef Hanieliza - 26 Disember 2010
3. Magik Show - 25 Disember 2010
4. Bersama penulis kids. Bergaya ala Puteri - 25 Disember 2010
5. Seni dan Kraf bersama Kak Emila - 23 Disember 2010
6. Jigsaw Puzzle dan Pertandingan Cari Jangan Tak Cari - 22 Disember 2010
7. Deko Sandwic Bersama Putera Fariri - 25 Disember 2010
Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti, berita, buku dan sebagainya, klik link ini: http://pts.com.my/index.php/klcbfphp/aktiviti/
Mari kunjungi PTS sempena Pesta Buku Kanak-Kanak KL 2010. Jumpa tuan dan puan semua di sana!
Terima kasih.
PELIT: Jurnal Peribadi Semakin Mendapat Sambutan
Oleh : Nisa |13 December 2010 | Komen Diterima:0
PELIT ialah kata singkatan daripada Personal Literature atau Jurnal Peribadi. Gaya penulisannya berbentuk diari iaitu catatan peribadi yang menyentuh kehidupan sebenar. Kata ganti diri dalam penulisan PELIT adalah 'aku'. Manakala harga bagi buku ini kurang daripada sepuluh ringgit.
Setakat ini PTS One Sdn. Bhd. sudah menerbitkan tiga karya PELIT iaitu Diari Mat Despatch, Diari Si Ratu Air Mata, Diari Mat Kilang dan diikuti dengan satu judul baru yang dijangka masuk stor pada pertengahan Disember ini iaitu Diari Mat Despatch: Lelaki Baik, dan ia menjadikan kesemuanya empat judul. Dua karya pertama yang diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada Mac lalu mendapat sambutan yang tidak dijangka apabila kedua-duanya sudah diulangcetak dalam tempoh tidak sampai setahun. Ini bermakna pembaca di luar sana sentiasa menanti-nantikan karya terbaru selain daripada karya sedia ada dan secara langsungnya mereka dapat menerima kategori baru ini.

Khas Buat Peminat Cilik: Koleksi Cerita Adam Kecil
Oleh : Nisa |10 December 2010 | Komen Diterima:1
PTS One Sdn. Bhd. terus melangkah dan bersemangat menerbitkan karya-karya terbaik menjelang tahun 2011. Bermula dengan Koleksi Cerita Adam Kecil yang dijangka berada di stor PTS pada pertengahan bulan Disember 2010 ini, PTS One dengan harapan dapat memenuhi hasrat kanak-kanak yang mahukan hero pujaan mereka muncul dalam pakej yang lebih menarik.
Kali ini kisah si cilik Adam dikompilasikan daripada dua cerita terdahulu dan ditambah tiga cerita baru dan ia dijadikan buku berilustrasi dan berwarna. Pakej baru ini sudah pasti menjadi tarikan buat kanak-kanak sebagai pembaca dan ibu bapa sebagai pembeli. Apatah lagi ia diselang-selikan dengan kepuasan berganda apabila melihat persembahan buku tersebut. Tahniah kepada editor yang terlibat dalam menjayakan Koleksi Cerita Adam Kecil ini.
Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5406-87-4
Tarikh Terbit: 17 Dec 2010
Jumlah Muka Surat : 128
Sinopsis:
Adam masih nakal dan akan tetap nakal. Himpunan cerita kali ini disampaikan dalam bentuk yang lebih menarik. Penuh warna-warni dan dengan saiz yang lebih besar. Ada lima cerita dalam buku ini. Semuanya menarik dan lucu. Ia mengandungi lima cerita:
1. Hamster
2. Mari Memancing
3. Durian Bercoklat
4. Cahaya dalam Gelap
5. Hadiah Cikgu Murni
Melah Melia: Siri Menarik untuk Koleksi Peribadi
Oleh : Nisa |29 November 2010 | Komen Diterima:0
Peminat-peminat buku PTS One yang ceria sentiasa.
Tahukah kawan-kawan, Melah Melia karya Ainin Naufal kini sudah sampai ke penghujung ceritanya? Sudahkah kawan-kawan mendapatkan keempat-empat siri Melah Melia sebelum ini? Yang terakhir adalah Melah Melia 5 yang berjudul Melah Melia: Selamat Tinggal Kawan. Ia masih berada di pencetak dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Mari kita imbas kembali sinopsis Melah Melia.
MELAH MELIA:
Mengisahkan kehidupan pelajar tingkatan dua yang bernama Melah Melia yang mempunyai tuala busuk dan bantal busuk. Dia pelajar yang pintar tetapi naif. Dia sering menjadi mangsa buli sepupunya, Rahim.
Kehidupannya berubah apabila keluarganya bertekad menyuruh dia tinggal di asrama. Tinggal di asrama adalah perkara yang menggerunkan memandangkan Melah Melia menyimpan rahsia besar berkaitan kelemahan dirinya iaitu kencing malam dalam tidur.
Selain daripada itu, dia juga menjadi mangsa buli. Namun, akhirnya dengan bantuan dua orang rakan baiknya, Melah Melia berjaya juga mengharungi kehidupan di asrama.
MELAH MELIA 2:
Hari itu Melah Melia kembali semula ke asrama dengan keyakinan diri dan azam yang semakin tinggi kerana pada tahun itu dia akan menghadapi peperiksaan PMR. Namun, dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu betapa runsingnya Melah Melia apabila memikirkan adakah dia akan terus bocor ataupun terus berurut dengan Makcik Esah bagi menghilangkan masalahnya itu.
MELAH MELIA 3:
Melah Melia kembali lagi! Kali ini Melah Melia ada masalah masalah dengan Syamimi, kawan baiknya. Mengapa Syamimi tiba-tiba berubah? Tidak lagi menghabiskan masa bersama-sama Melah Melia. Apa salah Melah Melia? Adakah dia bukan kawan yang baik?
MELAH MELIA: ROMBONGAN KE PANGKOR:
Melah Melia dan rakan-rakannya teruja apabila sekolah mereka akan mengadakan rombongan ke Pulau Pangkor. Namun kerana masalah peribadi Melah Melia yang sering kencing malam ketika tidur, menyebabkan kegembiraan Melah Melia terbantut. Adakah Melah Melia berjaya menyertai rombongan ini bersama rakan-rakan yang lain dan mengatasi kegusaran hatinya?
MELAH MELIA: SELAMAT TINGGAL KAWAN:
Melah Melia ingin melalui saat-saat terakhir di sekolah dengan lebih bermakna. Syamimi mula berubah menjadi pemalas, suka tidur dan gila mi segera, juga hantu TV. Amran pula berusaha hendak meluahkan perasaannya kepada Syamimi dan tidak mahu gagal lagi seperti sebelumnya. Norzila pula semakin gagal menguruskan masa. Suatu hari Rodiah dan Athirah sepakat membuka perniagaan mi segera. Sambutan hangat di asrama, membuatkan Syamimi turut menyertai perniagaan itu. Melah Melia semakin risau kerana para penghuni asrama mengamalkan gaya pemakanan mi segera yang tidak sihat itu. Rahim pula bersungguh-sungguh melantik dirinya sebagai jurulatih Din kerana tidak lama lagi Din akan menyertai sukan di tadikanya. Din terseksa kerana terpaksa menjalani latihan oleh jurulatih yang tidak pernah dikehendakinya itu.
Disebabkan risau dengan gaya pemakanan yang tidak sihat, Melah Melia mencadangkan CIkgu Murni supaya menjual makanan. Akhirnya jualan makanan CIkgu Murni membuatkan perniagaan mi segera di asrama itu lingkup. Melah Melia mencadangkan tiga sahabatnya itu menyertai perniagaan CIkgu Murni. Amran pula tersalah beri hadiah dan surat kepada Rodiah, menyebabkan budak perempuan itu mengamuk di depan asrama putera. Habis terbongkar rahsia Amran.

Gambar menunjukkan Puan Ainin Naufal sedang menandatangani buku beliau.
Berita Baik buat Peminat IMPIANA!
Oleh : Nisa |28 November 2010 | Komen Diterima:0
Sebelum ini PTS One dihujani dengan soalan yang bertubi-tubi daripada peminat IMPIANA berkenaan status novel ini. Ya, sekarang pihak kami sudah dapat memberikan jawapan dengan yakin dan ia adalah berita gembira buat peminat novelis kesayangan ramai, Ain Maisarah.
Di bawah ini adalah set kotak IMPIANA: Misteri Terbongkar, IMPIANA: Finale dan novel comel Farah dan Fahrin yang sudah siap dicetak. Set ini dijangka berada di pasaran dalam tempoh dua minggu lagi.

PTS One mengucapkan tahniah kepada Puan Ain Maisarah yang bertungkus-lumus menghasilkan karya ini khas buat peminat kesayangannya. Begitu juga editor Syok! yang bekerja keras dalam menghasilkan persembahan yang mantap. Kepada tim marketing, terima kasih atas promosi awal yang diiklankan dan kepada tim sales, semoga karya ini dapat membantu jualan PTS, insya-Allah. Tidak lupa juga kepada peminat buku IMPIANA yang sanggup bersabar menantikan kemunculannya.
Puan Kusyi Hirdan Memenangi Hadiah Sastera Perdana ke-19 bagi Kategori Novel Kanak-Kanak
Oleh : Nisa |27 November 2010 | Komen Diterima:0

PTS One Sdn. Bhd. mengucapkan tahniah kepada penulis Puan Kusyi Hirdan yang merupakan salah seorang pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-19.
Umairah dan Kuda Putih terbitan PTS One Sdn. Bhd. dipilih sebagai salah sebuah judul yang memenangi kategori kanak-kanak.
Pihak penganjur memaklumkan yang majlis penyampaian HSPM ke-19 akan diadakan di Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 30 November ini.
Sebagai maklumat, Puan Kusyi Hirdan telah menghasilkan lebih daripada 10 buku kanak-kanak dan remaja dan mempunyai kelompok pengikutnya sendiri. Klik di sini bagi melihat karya beliau http://pts.com.my/index.php/S=b1c4cffb3165981f4409b626adc0f7aa6d70b441/penulis/bio2/kusyi_hirdan/
Tahniah Puan Kusyi Hirdan!
50 Senarai Terlaris (1 Januari 2010 - 22 Oktober 2010)
Oleh : Nisa |23 October 2010 | Komen Diterima:1

1. Aku Mahu Superbibik
2. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
3. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
4. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
5. O.T.A.I - Lawan Jadi Kawan
6. Siapa Lebih Popular?
7. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
8. Dear Yayah The Series
9. Aku Mahu...Ain Maisarah
10. Tukar Sekolah Lagi!
11. Sarah Dan Duit Raya
12. Diari Mat Despatch
13. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
14. Remaja@ptsone 2010
15. Diari Si Ratu Air Mata
16. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
17. My Memory
18. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
19. Aku Mahu Popular
20. Kita Hanya Di Seberang Jalan
21. Sayalah Putera Mahkota!
22. Sayalah Puteri Raja!
23. Tempat Pertama?
24. Warna-Warni Si Puteri
25. Aku Mahu Saiz S
26. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
27. Dunia Sains Aiman 7: Demam F1
Berita Harian: Novel bersiri Ain Maisarah
Oleh : Nisa |18 October 2010 | Komen Diterima:9
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
2010/10/18
BERJAYA membariskan namanya dalam kelompok penulis novel remaja popular negara, Ain Maisarah kini bakal berkongsi karya terbarunya dengan pembaca Berita Harian dan Berita Minggu apabila ia disiarkan secara bersiri setiap Sabtu dan Ahad bermula Januari depan.
Graduan Ijazah Sarjana Muda TESL, Universiti Darul Iman Malaysia (kini Universiti Sultan Zainal Abidin), berkata karya terbarunya itu menampilkan kesinambungan kisah pelajar Sekolah Seri Bangsar, namun diisi dengan konflik yang diberi nafas segar.
Akukah Cinderella Itu? akan Menemui Pembaca di Kedai Buku
Oleh : Nisa |07 October 2010 | Komen Diterima:1

Assalamualaikum kawan-kawan yang dikasihi lagi dihormati.
Sukacita dimaklumkan, novel Syok! berjudul Akukah Cinderella Itu? karya Lily Haslina Nasir sudah berada di stor PTS hari ini.
Adakah kawan-kawan terfikir Cinderella yang dimaksudkan itu adalah Cinderella sama, yang cantik yang menjadi orang suruhan ibu dan adik-beradik tirinya sepertimana yang kita sedia tahu jalan ceritanya? Ataupun ini adalah Cinderella cantik yang lain daripada yang lain. Jangan tunggu-tunggu lagi. Ayuh dapatkan di pasaran bagi mengetahui kisah sebenar Cinderella yang dicipta khas oleh penulis terkenal Lily Haslina Nasir untuk pembaca dan peminat beliau. Jangan lepaskan peluang ini.
Selamat membaca.
Tip Survival Penulis: Membezakan Unsur ‘Trend Pasaran’ dan ‘Mood Pasaran’
Oleh : Nisa |07 October 2010 | Komen Diterima:0
Tip Survival Penulis: Membezakan Unsur ‘Trend Pasaran’ dan ‘Mood Pasaran’
Dalam dunia pasaran, ada dua istilah yang mempunyai kesan ke atas hayat jualan buku. Istilah-istilah itu adalah "trend pasaran" dan "mood pasaran".
Trend pasaran adalah fenomena yang ada turun-naiknya dan boleh berulang-ulang. Jadi, sesuatu trend itu mungkin berulang 10 tahun kemudian.
Sesuatu trend itu menurun disebabkan adanya trend baru yang muncul.
Sebagai contoh, genre chiclit adalah trend yang terkini muncul dalam pasaran fiksyen Melayu. Pada saat ini jualan novel-novel chiclit sedang berkembang dengan menggebu-gebu, oleh itu banyak penerbit dan penulis memasuki sektor ini.
Tempoh selama mana trend chiclit sekarang ini dapat terus berkembang sebelum ia mendatar ataupun menurun masih tidak dapat dipastikan. Namun, lazimnya sesuatu trend pasaran akan berkembang selama lebih kurang 10 - 15 tahun, kemudian pasaran akan mendatar ataupun menurun.
Teknik Menulis Dialog dalam Surah Yusuf Digunakan oleh Grimm Bersaudara
Oleh : Nisa |07 October 2010 | Komen Diterima:0
Dalam teori dan teknik Surah Yusuf, apabila menulis dialog, pekata dan aksi dituliskan sebelum ayat dialog. Ini berbeza daripada teknik yang lazimnya digunakan, di mana pekata dan aksi dituliskan selepas ayat dialog.
Perbezaan itu adalah seperti contoh di bawah ini:
1. "Kamu mahu ke mana?" tanya Mak Mah kepada anaknya, sambil dia bercekak pinggang di hadapan pintu. (TEKNIK BIASA)
2. Sambil bercekak pinggang, Mak Mah berdiri di hadapan pintu, lalu dia bertanya kepada anaknya, "Kamu mahu ke mana?" (TEKNIK SURAH YUSUF)
Di bawah ini adalah contoh bagaimana Grimm Bersaudara (Grimm Brothers) menghasilkan karya fabel (fables) mereka yang sangat terkenal dengan menggunakan teknik Surah Yusuf bagi menuliskan dialog:
THE WOLF AND THE SEVEN LITTLE KIDS
Grimm Brothers
Cerita Ramadan Penulis: Bahruddin Bekri
Oleh : Nisa |24 August 2010 | Komen Diterima:0
Selamat Datang Ramadan!
Pada saat Ramadan tiba, perkara pertama yang saya kenang adalah kata-kata arwah nenek saya. Katanya, “Pada bulan Ramadan, suasananya berbeza. Cahaya matahari, litup awan dan hembus anginnya berbeza.”
Waktu itu, saya mencari makna kata-kata nenek saya melalui harfiah, dan saya tidak mengerti mengapa suasananya perlu berbeza. Saya sering memandang ke langit mencari apa yang berbeza, namun mataharinya tetap sama. Cuma saya merasai hembus angin, sejuknya tetap juga sama. Saya beranggapan, hanya orang tua-tua seperti nenek saya yang akan mengerti apa bezanya.
Itu cerita dahulu, dan sekarang, saya tidak perlu menjadi orang tua-tua bagi mula mengerti apa maksud arwah nenek saya. Kini saya betul-betul merasai yang Ramadan itu sememangnya bulan yang berbeza. Pada saat bangun pagi saya, saya rasakan mataharinya dengan rasa bahagia. Pada waktu melihat awannya, saya rasakan awannya lebih elok susunnya. Semuanya berkenaan Ramadan, adalah hari yang indah.
Cerita Ramadan Penulis: Ainin Naufal
Oleh : Nisa |24 August 2010 | Komen Diterima:0
Ramadan Datang Lagi!
Ramadan datang lagi! Sekarang apa yang kita semua rasa? Seronok? Lapar? Letih? Tidak sabar mahu raya? Setiap Ramadan pasti akan ada kenangan-kenangan yang manis ataupun masam-masam pahit yang akhirnya menjadi terlalu manis apabila dikenang. Setiap tahun kedatangan Ramadan dinanti oleh kaum Muslimin di seluruh dunia. Ramadan bulan seribu rahmat. Ramadan bulan penuh berkat. Ramadan bulan yang penuh dengan keseronokan.
Mari kita renungkan apa yang seronok pada bulan Ramadan? Bagi umat Islam yang berpuasa, dijanjikan dua keseronokan. Pertama, ketika tiba masa hendak berbuka. Kedua, apabila tibanya Aidilfitri.
Tentu adik-adik pernah merasai kedua-dua keseronokan itu bukan? Sekiranya tidak pernah, tentu ada yang tidak kena!
Pengalaman berpuasa di bulan Ramadan
Oleh : Rafiza |19 August 2010 | Komen Diterima:0
Assalamualaikum kawan-kawan,
Bagaimana puasa kawan-kawan? Cukup ataupun tidak? Jangan curi-curi makan ya. Berdosa. Perbuatan itu sebenarnya bukan menipu orang lain. Tetapi sebenarnya kita sedang menipu diri kita sendiri. Tetapi kami di PTS One yakin, kawan-kawan semua tidak tergolong dalam golongan itu. Betul bukan? Bagi kawan-kawan yang baru berlatih puasa, jangan panik. Mungkin kawan-kawan masih baru. Mulakan dengan berpuasa setengah hari. Sekiranya larat teruskan sehingga pukul dua, sekiranya larat teruskan hingga pukul tiga dan seterusnya. Lama-lama, kawan-kawan pasti berjaya berpuasa penuh. Berusaha!
Cerita Ramadan Penulis: Majidah Mat Jusoh
Oleh : Nisa |19 August 2010 | Komen Diterima:0
Kenangan Ramadan Si Gadis Kenit...
Ramadan kembali lagi. Kita sangat bertuah kerana diberi peluang bertemu dengan tamu agung ini. Ketibaan Ramadan merupakan sebuah kesempatan yang istimewa kerana belaian kasih ar-Rahman akan sentiasa menghampiri kita. Begitulah yang dirasakan oleh si Gadis Kenit setiap kali Ramadan tiba. Bulan yang sangat dinantikan olehnya. Dahulu, kini dan selamanya....
Ketika di sekolah rendah, dia sangat suka bulan Ramadan kerana dia berpeluang melakukan aktiviti yang disukainya iaitu menghantar kuih-muih dan juadah berbuka puasa ke rumah jiran-jiran terdekat. Ibunya akan memasak pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih yang lazat sebagai juadah berbuka puasa.
Setiap petang, selepas selesai kelas Pengajian Tajwid dan Fardu Ain, dia akan bergegas pulang ke rumah dan akan segera meninjau ke dapur bagi melihat apakah menu masakan ibunya pada petang itu. Kemudian, dia segera menawarkan diri bagi membantu ibunya memasak apa sahaja kuih-muih yang diilhamkan. Kuih yang paling dia suka adalah tepung bungkus dan gula melaka.
Cerita Ramadan Penulis: Ezee Rahmani
Oleh : Nisa |19 August 2010 | Komen Diterima:0
Semangat Ramadan
(Peringatan buat diriku yang alpa)
"Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu di bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba di bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara yang baik-baik daripada kamu kerana orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini." (Hadis riwayat at-Thabrani)
Ramadan menjadi kerinduan setiap orang yang beriman. Kedatangan bulan yang membuat hati-hati menjadi sebak dan terharu penuh rindu dan linangan air mata. Sebabnya tidak lain, melainkan kerana menyedari diri yang berdosa. Namun di sebalik sebak dan haru serta linangan air mata, terpancar satu peluang dan harapan kerana di bulan mulia penuh barakah ini, Allah menjanjikan sesuatu. Ya. Janji Allah bagi menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa-doa yang dipohonkan kepadaNya. Mudah-mudahan Allah masih memberikan rasa nikmat ke dalam hati-hati kita sebagai anugerah terindah kerana berpeluang berada kembali di bulan Ramadan pada tahun ini.
Cerita Ramadan Penulis: Kusyi Hirdan
Oleh : Nisa |13 August 2010 | Komen Diterima:0
Semangat Ramadan
(Peringatan buat diriku yang alpa)
"Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu di bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba di bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara yang baik-baik daripada kamu kerana orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini." (Hadis riwayat at-Thabrani)
Ramadan menjadi kerinduan setiap orang yang beriman. Kedatangan bulan yang membuat hati-hati menjadi sebak dan terharu penuh rindu dan linangan air mata. Sebabnya tidak lain, melainkan kerana menyedari diri yang berdosa. Namun di sebalik sebak dan haru serta linangan air mata, terpancar satu peluang dan harapan kerana di bulan mulia penuh barakah ini, Allah menjanjikan sesuatu. Ya. Janji Allah bagi menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa-doa yang dipohonkan kepadaNya. Mudah-mudahan Allah masih memberikan rasa nikmat ke dalam hati-hati kita sebagai anugerah terindah kerana berpeluang berada kembali di bulan Ramadan pada tahun ini.
PTSdotFM - Lensa Buku: Sarah dan Duit Raya
Oleh : Nisa |26 July 2010 | Komen Diterima:0
Temubual bersama Puan Ezee Rahmani dan Cikpuan Husna Adnan berkenaan buku terbaru Siri Sarah. Mengupas pandang sisi daripada Puan Ezee Rahmani di http://pts.com.my/index.php/podcast/sarah-dan-duit-raya/
Baca@Ramadan: Puasa dan Detoksifikasi
Oleh : Nisa |26 July 2010 | Komen Diterima:0
Secara dasarnya puasa adalah salah satu proses detoksifikasi (detoxification process) yang baik. Detolsifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun ataupun toksin. Mengikut Dr. Lonny J. Brown(Ph.D) dalam Advebtures in Therapeutic Fasting, "Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini adalah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat bagi meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan suatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa semasa sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan.
Sertai Kuiz Duit Raya PTS
Oleh : Nisa |20 July 2010 | Komen Diterima:0
Kawan-kawan boleh sertai Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan di Facebook PTS. Sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba, Jabatan Pemasaran PTS menganjurkan Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan sepanjang 9 minggu. Kuiz ini bertujuan untuk memeriahkan lagi promosi Baca@Ramadan yang dilaksanakan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bagaimana mahu sertai kuiz ini?
Mudah sahaja. Kawan-kawan perlu mengumpul 9 soalan kuiz selama 9 minggu berturut-turut, berserta jawapan dan slogan. Bermula 4 Jun ini, soalan kuiz akan dipaparkan pada setiap hari Jumaat di laman sosial Facebook Buku PTS. Layari http://www.facebook.com/bukupts
Sertai ahli Facebook Buku PTS bagi melihat soalan-soalan kuiz ini.
Selepas minggu ke-9, kawan-kawan boleh menghantar 9 jawapan terkumpul dan slogan ke alamat e-mel: kuiz@pts.com.my
Hiasi Ramadan Ini dengan Buku-Buku Terpilih
Oleh : Nisa |20 July 2010 | Komen Diterima:0
Cerpen Remaja@PTS One 2010 - Tahniah!
Oleh : husna |21 May 2010 | Komen Diterima:0
Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada kawan-kawan! 
Diharapkan kawan-kawan berada dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.
Sudah ramai yang ternanti-nanti pengumuman pemenang pertandingan menulis cerpen untuk Remaja@ptsone 2010.
Penulis Kisah Si Puteri di MPH MidValley 22 Mei 2010
Oleh : Nisa |21 May 2010 | Komen Diterima:0
Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik. 
Di sini ada berita gembira buat peminat cilik PTS One. Temui penulis-penulis Kisah Si Puteri di:
Tempat: MPH MidValley, Kuala Lumpur
Tarikh: 22 Mei 2010, hari Sabtu
Masa: 2.00 hingga 4.00 petang.
Top 50 PTS (Januari - Mac 2010)
Oleh : Nisa |28 April 2010 | Komen Diterima:0
1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
3. Komik-M: Dear Yayah The Comics
4. Karipap-Karipap Cinta
5. Aku Mahu Superbibik
6. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
7. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
8. Dahsyatnya Doa Ibu
9. Sultan Muhammad Al-Fateh
10. Gadis Bubble Gum
11. Senangnya Memasak Nasi
12. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
13. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
14. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
15. Diari Mat Despatch
16. Aisyah: Keanggunan Sejati - Soft Cover
17. Munajat Malam
18. Senangnya Memasak Makanan Barat
19. Senangnya Memasak Ikan
20. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
21. Senangnya Memasak Ayam
22. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
23. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
24. Jejak Bisnes Rasul
25. Abu Bakar: Sahabat Sejati
26. Siapa Lebih Popular?
27. Projek Diet Ain Maisarah
28. Komik-M: Dunia Kartun
29. Aku, Dia & Gosip
30. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
31. Komik-M: Misi 8A
32. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
33. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
34. Dahsyatnya Qiamullail
35. Buletin Sri Bangsar - Boxset
36. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
37. Kaunseling Individu
38. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
39. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
40. Bahagiakan Hatimu
41. Bilal Bin Rabah
42. Komik-M: Aku, Kau Dan Bola 1
43. Komik-M: Shootz! 2
44. Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullullah
45. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
46. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu
47. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
48. Senangnya Memasak Sambal & Sos
49. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
50. Senangnya Memasak Daging
Nota:
Data ini dibekalkan oleh Tn. Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS.
Judul yang ditebalkan adalah terbitan PTS One.
1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
3. Komik-M: Dear Yayah The Comics
4. Karipap-Karipap Cinta
5. Aku Mahu Superbibik
6. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
7. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
8. Dahsyatnya Doa Ibu
9. Sultan Muhammad Al-Fateh
10. Gadis Bubble Gum
11. Senangnya Memasak Nasi
12. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
13. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
14. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
15. Diari Mat Despatch
16. Aisyah: Keanggunan Sejati - Soft Cover
17. Munajat Malam
18. Senangnya Memasak Makanan Barat
19. Senangnya Memasak Ikan
20. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
21. Senangnya Memasak Ayam
22. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
23. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
24. Jejak Bisnes Rasul
25. Abu Bakar: Sahabat Sejati
26. Siapa Lebih Popular?
27. Projek Diet Ain Maisarah
28. Komik-M: Dunia Kartun
29. Aku, Dia & Gosip
30. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
31. Komik-M: Misi 8A
32. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
33. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
34. Dahsyatnya Qiamullail
35. Buletin Sri Bangsar - Boxset
36. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
37. Kaunseling Individu
38. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
39. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
40. Bahagiakan Hatimu
41. Bilal Bin Rabah
42. Komik-M: Aku, Kau Dan Bola 1
43. Komik-M: Shootz! 2
44. Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullullah
45. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
46. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu
47. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
48. Senangnya Memasak Sambal & Sos
49. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
50. Senangnya Memasak Daging
Nota:
Data ini dibekalkan oleh Tn. Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS.
Judul yang ditebalkan adalah terbitan PTS One.
Komik Remaja@PTS One 2010
Oleh : husna |30 March 2010 | Komen Diterima:0
Assalamualaikum! Hai, apa khabar?
Fuh! Penat sungguh kami sepanjang PBAKL yang lalu. Dapat jumpa ramai peminat PTS One dan juga penulis-penulis kami yang ceria dan peramah belaka! Kawan-kawan sempat pergi tak? Ada ambil gambar sepanjang di booth PTS? Sekiranya ada, bolehlah kongsikan di FB PTS One di www.facebook.com/ptsone. Marilah memeriahkan FB kami! (^_^) Kepada yang sudah menjadi fan PTS One, kami ucapkan jutaan terima kasih!
Baiklah. Kali ini kami akan kemas kini website PTS One dengan menyenaraikan pekomik-pekomik yang sudah menghantar penyertaan bagi Remaja@PTS One 2010. PTS One mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tersenarai, dan kami berharap mereka terus berkarya bersama PTS One. Senarai pemenang cerpen Remaja@PTS One 2010 pula akan dikemukakan kemudian kerana hingga jam 1 petang tadi, kami masih menerima penyertaan daripada kawan-kawan kita. Lagipun tarikh tutup penyertaan cerpen adalah pada hari ini, manakala komik pula sudah ditutup sehari sebelum PBAKL. Maka marilah melihat siapa pekomik yang terlibat pada kali ini!
Kawan-kawan sudah ke PBAKL’10?
Oleh : husna |24 March 2010 | Komen Diterima:0
Assalamualaikum, hai kawan-kawan yang kami kasihi! 
Sudahkah kawan-kawan ke PBAKL'10?
Tidak tahu PBAKL itu apa?
PBAKL adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang diadakan di PWTC.
Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@PTSOne - DIBUKA SEMULA!
Oleh : husna |15 March 2010 | Komen Diterima:0
Salam, hai kawan-kawan! 
Tajuk yang mengujakan, bukan?
Benar sekali!
Atas permintaan ramai, kami dengan hati yang terbuka dan gembira, membuka semula penyertaan kepada sesiapa yang berminat menulis cerpen puasa ataupun raya untuk Remaja@PTS One 2010!
HORE!!! 
PTS One kini di Facebook!
Oleh : husna |11 March 2010 | Komen Diterima:0
Hai kawan-kawan! 
Apa khabar semua? Semoga kawan-kawan sihat sejahtera hendaknya.
Seperti tajuk di atas, kami sudah membuat fanpage PTS One di Facebook!
Buku Berilustrasi Kanak-Kanak Terbaharu di PTS One
Oleh : Nisa |09 March 2010 | Komen Diterima:0
Kak Nisa mahu memperkenalkan produk baharu di bawah naungan PTS One Sdn. Bhd. iaitu PTS One Kids.
Apa itu PTS One Kids?
PTS One Kids adalah buku berilustrasi dan berwarna untuk kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Adik-adik masih ingat buku Bacakan Saya Satu Cerita? Ia adalah produk buku berilustrasi dan berwarna terawal selain daripada Islam for Kids yang juga terbitan PTS One. Dengan terbitnya karya ini, PTS One memanjangkan lagi langkah memasuki pasaran buku kanak-kanak di samping menyediakan pelbagai bahan bacaan yang menarik dan bermanfaat untuk adik-adik, bahkan menjadi peneman setia adik-adik di kala suka dan duka.
Remaja@PTSONE kembali lagi!
Oleh : husna |11 February 2010 | Komen Diterima:5
Hai kawan-kawan! 
Mulakan tahun baharu dengan diari comel!
Oleh : Mazlia |30 November 2009 | Komen Diterima:5
Seronoknya rombongan!
Oleh : husna |30 November 2009 | Komen Diterima:8
Wah! Perkataan 'rombongan' memang sangat mengujakan sepanjang kami di zaman persekolahan. Sebut sahaja perkataan 'rombongan', semua akan tidak senang duduk kerana begitu teruja walaupun belum mengetahui ke mana destinasi rombongan waktu itu.
Kawan-kawan pun pasti teruja setiap kali terdengar perkataan itu, bukan?
Lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah ini. Pasti seronok!
Melah Melia juga tidak ketinggalan.
Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
Oleh : husna |30 November 2009 | Komen Diterima:21
Hai kawan-kawan!
Bagaimana dengan cuti raya Aidil Adha yang lalu? Pasti banyak aktiviti menarik yang dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan lain, bukan?
Kami di PTS One juga sangat gembira, tetapi bukan kerana cuti raya Aidil Adha sahaja.
Ini kerana, kami sudah dapat mempersembahkan kepada kawan-kawan, siri terbaru Dear Yayah iaitu…
‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’. HORE! \(^o^)/
Misi Suhana ada sambungan?
Oleh : Rafiza |07 November 2009 | Komen Diterima:4
Wah! Ini sesuatu yang seronok. Sekiranya adik-adik suka baca buku Misi Suhana-Saya Sayang Mama, tidak lama lagi buku Misi Suhana 2-Saya Sayang Papa pula bakal terbit. Sayang papa pula? Yalah kita mesti sayang kedua-dua ibu dan ayah kita. Barulah kita jadi anak yang baik.
Tempat Pertama?
Oleh : Rafiza |26 October 2009 | Komen Diterima:2
Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Ya betul! Sekarang Alina sudah tidak sentiasa berada di tempat kedua lagi. Dia sudah dapat mengatasi kakaknya, Alisa. Tetapi dia dapat tempat pertama dalam perkara-perkara yang membuat emak dan ayahnya pening kepala. Apa pula yang Alina buat? Adakah Alisa berdiam diri sahaja melihat adiknya dapat mengatasi pencapaiannya?
Okey... apa pendapat adik-adik dengan kenyataan di atas?
Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS
Oleh : Mazlia |26 October 2009 | Komen Diterima:3
Hai semua! Ingat lagi PTS One ada menguar-uarkan berkenaan peraduan anjuran PTS?
Teruja mahu menyertainya? Tidak tahu bagaimana?
Di bawah adalah pengumuman daripada pihak pemasaran PTS. Selamat membaca!
Cuti Sekolah, Buku Best-seller dan Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS
Oleh : Mazlia |08 October 2009 | Komen Diterima:4
Hai kawan-kawan.
Selamat Hari Raya!
Jadi, bagaimana dengan raya kawan-kawan? Meriah? Pakai baju baharu? Makan apa? Ketupat? Lemang? Rendang?
Bagaimana pula dengan duit raya? Dapat duit raya yang banyak? Oh, ya, sudah baca Remaja@PTS One 2009? Selamat Hari Raya The Silver?
Kawan-kawan yang sudah selesai UPSR tentu seronok beraya. Yang akan menduduki PMR pula jangan stres-stres okey! Kami di PTS One mengucapkan selamat berjaya dan semoga dipermudahkan menjawab soalan-soalan PMR nanti. Okey?
Baiklah, kami sebenarnya mahu mengumumkan berita yang sangat gembira untuk kawan-kawan!
Hujung tahun kembali lagi! Cuti sekolah tahun ini agak berbeza. Mengapa ya?
Tahniah kepada yang berjaya!
Oleh : Mazlia |24 August 2009 | Komen Diterima:2
Kawan-kawan tentu ternanti-nanti pengumuman penting cerpen siapa yang terpilih diterbitkan dalam Remaja@ptsone 2009, bukan?
Buat pengetahuan, yang terpilih akan menerima sijil, duit raya sebanyak RM70 dan senaskhah percuma buku Remaja@ptsone 2009.
Berikut adalah senarai yang terpilih! Jadi kepada yang terpilih, diminta e-mel nama penuh, tajuk cerpen dan alamat untuk urusan pos kepada kami di ptsone@pts.com.my ataupun tinggalkan sahaja komen di sini.
Selepas berbuat demikian, nantikan bungkusan istimewa kami sebagai hadiah Syawal. ![]()
Kad raya untuk kami :)
Oleh : Mazlia |24 August 2009 | Komen Diterima:1
Pengumuman penting!
Adakah kawan-kawan kreatif? Mempunyai kertas warna? Mempunyai kad manila? Mempunya gam dan gunting? Mempunyai setem?
Apa kata kawan-kawan layangkan kad raya paling cun di atas muka bumi Tuhan ini untuk tatapan kami warga PTS One. Sebagai balasan... errr... okey, sebagai balasan, kami akan balas kad raya itu dengan kad raya rasmi PTS yang ada tandatangan kami. Hah hebat bukan?
Err... tandatangan kami tidak bernilai? Janganlah begitu! Walaupun kami tidak glamor, tetapi tentu seronok kita berbalas kad raya!
Kad raya terpilih akan kami paparkan di laman web ini! ![]()
Salam Ramadan!
Oleh : Mazlia |24 August 2009 | Komen Diterima:2
Pejam celik, sudah Ramdan rupa-rupanya. Peperiksaan penting seperti UPSR (8,9, 10 September), PMR 7-9 Oktober (Rabu-Jumaat), dan dari 12-13 Oktober (Isnin-Selasa) dan SPM (err.. bila ya?) bakal menjelma. Ish...ish... cepat sungguh masa berlalu!
Jadi, ini soalan kami untuk semua pembaca berkaitan Ramadan, peperiksaan dan err... semua yang kami suka-suka hendak tanya:
Review daripada pembaca - Oleh Alya Rohaizan
Oleh : Mazlia |30 June 2009 | Komen Diterima:6
Salam untuk kawan-kawan.
Maaf atas kelewatan memaparkan review yang kawan-kawan hantar. Kami akan memaparkan semua review yang dihantar melalui e-mel. Jangan panik! Pemenang belum dipilih. Ini hanya paparan untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain. Selamat membaca. ![]()
Pertandingan Fantasi@PTS One
Oleh : Azmi Mamat |18 June 2009 | Komen Diterima:6
Kawan-kawan diminta menulis review mana-mana buku fantasi PTS One dengan gaya penulisan yang paling menarik dan kreatif. Kawan-kawan juga boleh sertakan cadangan ataupun komen berkenaan genre tersebut. Mahu tulis pengalaman selepas membaca karya itu juga boleh. Tulislah apa-apa sahaja, yang penting ada review berkenaan buku fantasi PTS One. Perkara lain yang mahu kawan-kawan tulis akan menjadi bonus.
Senang sahaja. Kami yakin ramai kawan-kawan PTS One mempunyai blog. Kami mahu kawan-kawan poskan entri review buku fantasi PTS One di blog kawan-kawan, dan memberikan kami linknya pada komen di bawah ini. Kami akan membaca dan menilai penyertaan kawan-kawan terus di blog kawan-kawan. Wah, belum apa-apa, kami sudah rasa seronok kerana kami akan membuat lawatan ke blog-blog meminat PTS One. Em... apa? Ada yang tidak ada blog tetapi berminat menyertai pertandingan ini? Jangan bimbang. Kawan-kawan yang tidak mempunyai blog, boleh mengemelkan review buku kawan-kawan ke ptsone@pts.com.my.
Fantasi PTS ONE
Oleh : Azmi Mamat |18 June 2009 | Komen Diterima:3
Berbeza bukan wajah blog PTS One kali ini? Ada seperti memasuki alam lain tak? Hehehe... jangan bimbang. Ini masih blog PTS One, hanya kami tukar tema blog ini sempena bulan Jun yang kami namakan, Bulan Fantasi. Bulan Fantasi ini bertujuan menyemarakkan lagi minat membaca kawan-kawan pada genre fantasi. Selalunya baca novel cinta ataupun novel bergenre biasa sahaja bukan? Kali ini, apa kata kawan-kawan ubah selera dengan membaca buku bergenre fantasi pula. PTS One sudah menerbitkan beberapa buah buku bergenre fantasi. Ha... di bawah ini ada beberapa contoh buku genre fantasi yang sudah kami terbitkan:




